Mata pelajaran : Matematik
Kelas : Tahun 6 Ceria
Tarikh : 29 Jun 2011
Masa : 07.45 pagi – 08.45 tgh (60 minit)
Bilangan murid : 20 orang
Tajuk : Bentuk Dan Ruang
Bidang pelajaran : Bentuk Dua Dimensi
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mengenali bentuk-bentuk dua dimensi dan telah
mempelajari cara-cara mengira perimeter sesebuah bentuk dua dimensi.
Objektif pembelajaran: Mencari luas
Hasil pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
a. Menjelaskan cara yang betul untuk mencari luas bagi sesuatu segiempat ataupun segitiga.
Nilai Murni : Kerjasama, Menepati Masa
Strategi P & P : Bersoaljawab, Perbincangan
Konsep/prinsip/hukum/teori:
Luas Kawasan
a. Luas segiempat panjang x lebar
b. Luas segitiga ½ x tapak x tinggi
c. Dua dimensi
d. Dipengaruhi oleh jenis bentuk (segiempat dan segitiga)
Bahan, peralatan dan bahan sumber:
Projektor – 1
Komputer riba – 1
Kad manila – 5
Pen marker – 5
Gunting – 5
Gam – 5
Langkah berjaga-jaga:
Menggunakan gunting dengan berhati-hati bagi mengelakkan perkara tidak diingini
berlaku.
Fasa | Isi Kandungan | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan |
Aktiviti Guru | |||
Set Induksi Permulaan/ Mencungkil idea (5 min) | Sesuatu bentuk dua dimensi mempunyai perimeter tersendiri. | - Guru mempamerkan slaid gambar benda-benda maujud menerusi projektor di hadapan kelas. Contoh : - Segiempat - Segitiga Guru bersoaljawab berkaitan bentuk dua dimensi yang dipamerkan. - Guru meminta murid menyatakan cara pengiraan perimeter bagi bentuk dua dimensi. - Guru berbincang dengan murid. - Guru meneruskan proses pengajaran. | Strategi/ Teknik: Penyoalan seluruh kelas menggunakan Slaid gambar dua dimensi |
Langkah 1 Menstruktur/ Menstruktur semula (30 min) | Luas Kawasan - Luas segiempat = panjang x lebar - Luas segitiga ½ x tapak x tinggi - Dua dimensi - Dipengaruhi oleh bentuk ( segitiga x segiempat ) | - Guru meminta murid untuk membentuk beberapa kumpulan. - Setiap kumpulan diedarkan kad manila, pen marker, gam dan keratan kertas berwarna. - Guru menerangkan kepada murid bahawa setiap kumpulan perlu melekatkan kertas berwarna di dalam segiempat yang disediakan. - Contoh aktiviti : = 1 unit - Murid menjalankan kajian bagaimana luas sesebuah segiempat dapat dicari. - Wakil setiap kumpulan ke hadapan kelas untuk membentangkan jawapan masing-masing. - Guru mengadakan perbincangan dengan semua murid. - Guru menjelaskan bahawa untuk mencari luas sesebuah segiempat, panjang mesti didarab dengan lebar. - Guru menunjukkan contoh-contoh lain pengiraan luas bagi segiempat. | Strategi/ Teknik: Aktiviti inkuiri dalam kumpulan. Sumber Pengajaran : Kad Manila, Pen Marker, Gunting, Gam Sikap saintifik dan nilai murni: Penglibatan aktif Menghargai masa |
Langkah 2 Aplikasi Idea (20 min) | Mencari luas sesebuah kawasan (segiempat). | - Guru mengedarkan kad-kad aktiviti kepada setiap kumpulan. - Contoh Soalan : 3cm 3cm 3cm 6cm -cari luas bagi segiempat diberi. - Murid berbincang di dalam kumpulan masing-masing dan menyelesaikan pada ruangan yang disediakan. - Guru membimbing kumpulan yang lemah. - Guru meminta wakil setiap kumpulan datang ke hadapan kelas untuk membentangkan hasil kerja mereka. - Guru berbincang dengan murid dapatan daripada pembentangan setiap kumpulan. | Strategi: Perbincangan kumpulan diikuti persembahan. Sumber pengajaran: kad aktiviti, pen marker |
Langkah 3 | - Murid diedarkan dengan kertas A4. - Guru menerangkan langkah-langkah yang perlu diikuti oleh murid. i) Murid diminta melipatkan kertas tersebut. ii) Guru menyoal murid berkaitan pengiraan luas segitiga. - Guru menjelaskan konsep ukuran luas bagi sesebuah segitiga. - Guru menunjukkan contoh kepada murid. - Guru berbincang dengan murid. | ||
Refleksi/ Penutup (5 min) | Luas Kawasan - Luas segiempat p x l - Luas segitiga ½ x tapak x tinggi - Dua dimensi - Dipengaruhi oleh bentuk ( segitiga x segiempat ) | - Guru mengedarkan lembaran aktiviti kepada setiap murid. - Setiap murid diminta menjawab pada masa yang ditetapkan. - Guru berbincang dengan murid. - Murid yang berjaya menjawab dengan betul diberi hadiah. - Guru bertanya kepada murid tentang apa yang dipelajari pada hari ini. - Guru mengedarkan kertas lembaran kerja kepada setiap murid. | Strategi: Penyoalan keseluruhan kelas Sumber pengajaran: slaid Pengajaran dan Pembelajaran |